Wednesday, June 17, 2009

SMK PEKAN BARU PARIT JAWA,MUAR & PTP

Pada 19 hingga 21 Jun 2009 ini kami akan menguruskan 2 buah program bagi pelajar-pelajar PMR.Dan pada 20 Jun 2009 pula akan diadakan program kecermelangan PMR yang akan diadakan di PTP.Di harap kan segala perancangan program kami akan berjalan dengan lancar.

Tuesday, June 9, 2009

PROGRAM MOTIVASI ANJURAN JKR JOHOR










Program Motivasi yang telah dijalan kan pada 8.6.2009 di AKLI Kota Tinggi telah disertai oleh seramai 117 peserta yang terdiri dari anak-anak staf JKR seluruh Johor.Program yang telah dijalankan bertujuan bagi memberi motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah yang akan menduduki UPSR,PMR dan SPM.Pelbagai aktiviti telah dijalan kan seperti LDK,Ice Breaking dan ceramah oleh Pak Murad serta Abg Khai.Program ini telah berjalan dengan lancar.Dan diharap juga para peserta dapat mendapat sedikit manfaat dari apa yang telah dijalan kan.

Thursday, June 4, 2009

SMK DATO MOHD YUNOS SULAIMAN










SMART CAMP SMKDMYS
29-30/5
118 PESERTA

Program yang dijalankan di SMK Dato Mohd Yunus Sulaiman ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam dimana program ini diadakan khas bagi pelajar-pelajar yang menerima biasiswa BKP.Dengan bantuan guru-guru dan staf program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat nya.Semoga para peserta mendapat manfaat,pengajaran serta iktibar dari Program Smart Camp ini

Sunday, May 24, 2009

AL-FALAH DI SABAH PART 2






Ini adalah aktiviti-aktiviti program yang telah Al-Falah sertai ketika berada di Sabah.Ada 3 tempat yag telah Al-Falah pergi,sekolah menengah dan rendah.Pelbagai pengalaman yang telah kami dapat.
Antara lokasi program:
SK Malawa Telipok,KK
SK Kundasang, Ranau
SMK Kundasang, Ranau
Maktab Sabah

Thursday, May 21, 2009

AL-FALAH DI SABAH

Al-Falah telah melebarkan sayap lagi,kali ini ke Kepulauan Borneo.Group Al-Falah akan berada di negeri Sabah selama 3 hari bermula 20/5/2009.Antara yang akan berada disana adalah Pak Murad sendiri,iaitu pengurus Al-Falah serta Pizi,Abg Khairul dan Haziq.Mereka akan menyertai program-program di beberapa buah tempat disana.Nantikan perkembangan selanjutnya!

Monday, May 18, 2009

SUASANA DI PEJABAT AL-FALAH








Diatas ini adalah gambar-gambar di pejabat Al-Falah.Pelbagai kemudahan ada dan mempunyai persekitaran yang bagus.

Din says: kat sini macam-macam ada..bes nye!

Shah says: kalau lagi 4 bulan aku praktikal kat sini boleh jadi sasa badan saya

Anep says: kat sini macam-macam boleh dipelajari.bos pun bes